Friday, July 2, 2010


setiap kali saya boring,mesti saya buka video nie..tak tahu kenapa..tapi memang macam tu selalu..maybe pasal video nie kelakar..video jewp kelakar..tapi suara budak nie sedap..not bad lah bagi saya.hope you all also enjoy it.....

Thursday, July 1, 2010

Wanita Solehah Penghibur Hati

WANITA SOLEHAH….
SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH

BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH

INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....

DIRINYA TENTERAM
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI

SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HaDAPAN SUAMI
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA

NATIJAHNYA,
LAHIRLAH JIWA SAKINAH
BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.

‘SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH’

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..
♥-♥-♥-♥-♥

Wanita sholehah itu aurat di jaga
Pergaulan dipagari
Sifat malu pengikat diri
Seindah hiasan di dunia ini..

Keayuan wanita sholehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya
Kemanisan wanita sholehah itu,
tidak terletak pada kemanjaanya
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncangkan iman para muslimin
Bukan dan tidak sama sekali..

Wanita hanya pada akhlaknya
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai

Wahai wanita Sholehah..
Jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
karena suatu hari nanti ia akan lapuk oleh zaman
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalam,
agar diri ini bersih dan senantiasa mendapat Rahmat Ilahi
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama....


Malu karena Allah adalah perona pipinya
Penghias rambutnya adalah jilbab yang terulur sampai dadanya
Zikir yang senantiasa membaasahi bibirnya adalah lipstiknya
Kacamatanya adalah penglihatan yang terhindar dari maksiat
Air wudhu adalah bedaknya untuk cahaya di akherat
Kaki indahnya sellau menghadiri majelis ilmu
Tanganya selalu berbuat baik pada sesama
Pendengaranya yang ma'ruf adalah anting muslimah
Gelangnya adalah tawadhu
Kalungnya adalah kesucian

♥-♥-♥-♥-♥

Wednesday, June 30, 2010

wahai hawa..kaumku yang ku sayangi...


Wahai Hawa, Sedarlah.. Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia, Sedarlah hawa.. kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi hawa.. jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA! Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH. Hawa, Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya. Wahai Hawa, Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. Hawa, Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.. selawat~

rasa gembira+best+sedey..


lagi dua hari nak pergi camping...bestnyer..rasa tak sabar-sabar..hehehehe..ada terselit rasa jakun sikit..hahahaha..takpe..sabar...sabar kan sebahagian daripada iman..hari nie awe tak datang sekolah..dia demam,yus cakap..kesian awe..hope awe sihat cepat..selain rasa hepi nak pegi camping,ade gak rasa sedih yang tersemat jauh di lubuk hati nie..because cikgu Fauziah a.k.a cikgu add math and physics kelas 4 is 2010 dah nak pindah..after nie,cikgu Fauziah akan ajar kat kolej matrikulasi pulak....memang la cikgu tu garang tapi kita orang sayang dia..cara dia ajar kita orang memang best..memang masuk otak..tak pelah..maybe kita orang tak de jodoh ngan cikgu nie..ish..ish...takpe..maybe kalau kita orang dapat masuk matrix,dapat jumpa cikgu nie lagi..yey........

Tuesday, June 29, 2010

alhamdulillah...minggu nie beznyer..


hari nie merupakan antara hari yang paling happy dalam hidup saya because dapat jadi pengawas...yey!!!!!!!!seramai 20 student kelas saya dapat jadi pengawas.gerenti next year,baju colour green majority..green-colour of islam..(^_^)..girl yang tak nak jadi pengawas juz ain and zarith..bukan tak dapat,dapat but dia orang tak accept..tak pa..nanti next year ain jadi ketua kelas,zarith penolong...hehehehehe..abis la..5 is dikuasai oleh kaum hawa..mana perginya kaum adam yang dikatakan gagah nie..huhuuhu...hancur la kalau pemuda harapan bangsa still macam nie perangai..semoga pemuda zaman ini dapat bangkit semula..bak kata pepatah..
"pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara".. haa..lagi satu,sabtu,ahad and isnin nie saya and kawan kawan akan menjalani camping kat waterfall...beznyer..sambil camping dapat gak merenung ciptaan Ilahi kan..memang perkara yang bermanfaat..pandai cikgu bakar arrangekan camping nie..minggu depan pergi kursus kepimpinan pengawas pulak..haila..haila...memang semenjak naik sekolah lepas holiday 2 weeks,saya dah jarang masuk kelas,..ade jewp aktiviti kene buat..adui..ruginyer...

MAWAR BERDURI,
Indah sungguh kelopak bungamu,
Secantik bahasa dan gerak gerimu,
Sopan ditiup sang bayu,
Batang dan dahanmu tetap tunduk malu.

MAWAR BERDURI,
Kelopakmu tetap dipelihara,
Daripada Kumbang yang membinasa,
Duri didahanmu tetap tersedia,
Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.

MAWAR BERDURI,
Kau tetap sentiasa berdiri,
Menahan cabaran yang diberi,
Tetap tidak pernah hilang harga diri,
Dirimu indah sukar untuk didekati,
Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri,
Melainkan syariat memberi.

MAWAR,
Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,
Dengan mawMAWAR BERDURI,
Indah sungguh kelopak bungamu,
Secantik bahasa dan gerak gerimu,
Sopan ditiup sang bayu,
Batang dan dahanmu tetap tunduk malu.

MAWAR BERDURI,
Kelopakmu tetap dipelihara,
Daripada Kumbang yang membinasa,
Duri didahanmu tetap tersedia,
Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.

MAWAR BERDURI,
Kau tetap sentiasa berdiri,
Menahan cabaran yang diberi,
Tetap tidak pernah hilang harga diri,
Dirimu indah sukar untuk didekati,
Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri,
Melainkan syariat memberi.

MAWAR,
Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,
Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,
kerna dirimu telah rosak dibinasakan.


MAWAR,
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,
Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,
Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,
Dirimu ditinggalkan patah kelayuan.ar yang kehilangan perawan dan keagungan,
kerna dirimu telah rosak dibinasakan.


MAWAR,
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,
Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,
Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,
Dirimu ditinggalkan patah kelayuan.